Tuesday, May 26, 2009

BAND OF BROTHERS 2


-Sebelum nak berperang kitaorang kena masuk kursus menembak dulu..jadi instructor akan menunjukkan cara yang betul untuk menembak..pasal ada yang tertembak hidung sendirik..tertembak betis..termakan peluru..macamana nak jadik askar ye tak..gambar ni kitaorang tengah belajar la ni..kitaorang tengah cuba tembak orang yang lalu lalang.Dapat la jugak sorang dua mangsa..tamat je pelajaran tu kitaorang pakat tembak instructor tu ramai-ramai!!Memang dasar tak kenang budi betul!! (PANDAN)

BAND OF BROTHERS


-Ni pun salah satu aktiviti kitaorang dulu..main perang-perang..pasal kecik-kecik dulu tak puas main sangat kot..tapi cakap ko..memang best tak ingat pasal buleh tembak member,tembak bos,tembak makcik jemur kain,tembak kerani pejabat..pendek kata suma kitaorang tembak..Ni kununnya aksi berani mati laa ni padehal diorang ni kalau nak kencing pun mintak berteman..inikan pulak nak pegi perang!!hahaha..ini tak termasuk gua laa..pasal gua memang askar dulu,penah follow askar gurkha 5 tahun...berapa kali puncak Borneo ngan Himalaya tu gua sampai..bedebah betul riak gua ni..jap gua nak tampar diri sendiri bagi sedar!!Okeh!Ni la geng APO dedulu..Gua,Rambai,Sireh,Kopi,Sagu,Lambok,Oren,Belitong,Petai,Rudy,Nizam Bachok dan jugak Beberk.Yang betul2 ada sampai sekarang tinggal la gua,Petai ngan Rambai..yang lain suma dah jadi freelancer. (PANDAN)

Thursday, May 14, 2009

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Gua disuruh bercerita tentang kartun pada seminar kat U.Dan juga Bengkel Kartun untuk sesiapa yang ingin belajar.Memang susah jugak untuk orang memahami kartun ni kalau takde basic awal..emm..kalau nak belajar meh laa...semua dialu-alukan!!(PANDAN)

GREENPEACE


-Guru gua dulu penah berpesan yang setiap mende hidup ada jiwanya tak kira la manusia,tumbuhan dan juga haiwan.Dan berbakti la kepada tanah nescaya kita akan mendapat hasilnya.Gua pun pratikkan la dengan bunga kat pasu..Eh?Tak dapat apa pun??heh!Dapat gelak dek kengkawan ada laa..gelak aaa..tumbuhan ni laa yang bagi kita udara untuk bernafas!!Tu pasal gua kurang makan sayur...(apa punya alasan daa..)kira Greenpeace betul laa ni..(PANDAN)

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Masa ni kitaorang buat seminar tentang kartun kat U.Forum dia pun time tu agak mencabar buah pinggang masing-masing.Terkemut jugak buah pinggang kitaorang time tu kerana kebanyakkannya dihadiri jugak oleh prof dan juga madya...tajuk forumnya ialah "Kartun merosak bahasa".Pasal tak puas ati ngan tajuk tu,memang kitaorang redah je semua...Kartun punya bahasa yang kita gunakan sehari-hari..itu bukan merosak pasal memang bahasa kita camtu.kita tak sentuh bahasa Malaysia..yang kita sentuh bahasa daerah dan jugak bahasa kartun.dan jangan la masukkan kedua-duanya dalam satu bab...tu pasal jadik tak betul..kena la ikut kesesuaian.Time tu panelnya adalah Aie,Ahliow,rambai dan gua.Berdengus gak kitaorang jawab time tu..heh! (PANDAN)

PROMOSI DULU-DULU...


-Time ni giler malu gua beb!Akak tu suruh gua melawak depan orang ramai...member gua Taugeh dah pakat buat keje amal pasal tanak jawab soalan-soalan dari akak tu..soalan dia simple je tapi cukup la buat orang berdarah idung dan pedih kerongkong kalau nak menjawabnya..cam soalan bima sakti,diameter bumi,makhluk asing,makhluk tuhan paling seksi,kos,kosinus dan tangen,aljebra,al-jazzera,walimatulurus dan jugak kurikulum sekolah.walaupun berpinau tapi gua dapat menjawab dengan jayanya.Tak sia-sia gua blaja pondok dulu kat Jitra!! (PANDAN)

Monday, May 11, 2009

APO? ANIVERSARY


-Dulu setiap tahun kitaorang akan menyambut aniversary majalah APO?.Ada makan-makan,ada sate,ikan bakar,member terbakar,kambing panggang,lobster,tiram,nasi beryani,sup tulang,yong taufu,paku payung,Kak Yong,Razali Buyong dan macam-macam lagi laa...semua dah tinggal kenangan beb!! (PANDAN)

pandan : PROMOSI DULU-DULU...


-Ni gua nak malu pun ada..heh!!Brader tu suruh lukis kat baju..tapi brader tu pulak takde baju lebih..tak pasal-pasal gua kena lukis terus kat badan..lawak pun ada gua rasa...tak silap gua la..ni promosi kat Penang.Masa tu memang kitaorang jelajah serata Wilayah dan jugak daerah.Memang pukul habis!Budak kecik sebelah gua dah pandang lain macam je.. (PANDAN)

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Gambar ni pulak time lawatan dari universiti..gua seperti biasa laa pasal banyak makan semut..memang pelupa tahap puaka!!Ni gua tak tau dari U mana..Seperti biasa kitaorang akan beramah mesra dengan pengunjung yang datang..maklum la,diorang datang dari jauh...takkan la tanak layan pulak..gua bukan jenis habitat yang tak menghargai...tima kasih pada semua ahli rombongan yang datang! (PANDAN)

PROMOSI DULU-DULU...


-Gua geledah balik gambar-gambar lama lam stor gua..heh!Banyak lagi rupanya khazanah yang tak dimakan anai-anai.Ingatkan dah jadik fossil dah...masa ni kitaorang ada photo-shoot sempena bumper raya.so.semua dikhendaki memakai baju melayu..tapi brader sebelah gua tu makin berlebih pulak...pakai style imam la pulak..hahah!semua dah hilang dah tu..sebelah gua tu kira cam PR kitaorang..Man Latah nama dia...depan gua Jibam dan jugak Zairi.semua dah tak berenti..gua ingat gua wolverine kot..pasal sepanjang zaman gua ada ni..pehal pulak!?kitaorang ni pulak pantang diajak makan free..memang kitaorang amik serius!!heh! (PANDAN)

Friday, May 8, 2009

KUGIRAN DITEPI PANTAI...


-Ni pun salah satu dari kerja gua dulu-dulu.Sememangnya gua memang suka band surf ni dulu..dan bila diberi peluang untuk menghasilkan cover bebudak Kugiran Di Tepi Pantai ni...gua sapu terus laa!heh!Cuma gua tak puas ati sedikit pasal artwork tu di'reduce' sebegitu...jadi artwork tu nampak kembang la sikit.Time tu gua ingat diberi mandat untuk cover poster.jadi gua buat la saiz A4.emm..takpe laa..gua dapat job ni pun dah satu penghargaan bagi gua.Kalau yang tak penah dengar lagu2 KDTP ni...pepandai la carik!!Memang sesuai untuk halwa telinga gua.Lee Kombat still rules!!
Blog Widget by LinkWithin