Thursday, November 14, 2013


MALAYSIAN CARICATURE FOR CUSTOM CARD

ANDA PERLUKAN KARIKATUR ARTIS UNTUK APA SAJA DARI PERSEORANGAN,COUPLE,FAMILI,EVENT,FUNCTION,CUSTOM CARD?DI SINI SAYA MEMBERIKAN SEDIKIT SAMPLE.DAN UNTUK TEMPAHAN SECARA EMAIL ATAU FACEBOOK JUGA BOLEH DILAKUKAN. JIKA BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA PANDAN (019-3633706) ATAU DI EMAIL pandan_apo@yahoo.com DAN JUGA DIFACEBOOK/KARTUNIS PANDAN. UNTUK TEMPAHAN SECARA DIGITAL.
1.BERI GAMBAR YANG JELAS UNTUK SENANG DIKARIKATURKAN.
2.URUSNIAGA HANYA DILAKUKAN DIDALAM EMAIL ATAU FACEBOOK SAHAJA.MUDAH BUKAN?
3.EMAILKAN GAMBAR DAN MASUKKAN DEPOSIT AWAL KE DALAM AKAUN YANG AKAN DIBERIKAN.
4.SETELAH DEPOSIT DITERIMA PROSES AKAN DIJALANKAN DALAM TEMPOH SEMINGGU MENGIKUT BUDI BICARA.
5.SETELAH SIAP KITA AKAN MENGHANTAR SAMPLE BERSAMA WATERMARK UNTUK CLIENT.
6.SETELAH PEMBAYARAN AKHIR DIBUAT,WATERMARK TERSEBUT AKAN DIBUANG DAN SAYA AKAN BERIKAN GAMBAR KARIKATUR FILE (JPEG)YANG SEBENAR.CARA INI DI LAKUKAN UNTUK TIADA PIHAK YANG MENIPU DALAM URUSNIAGA. MUDAH DAN SENANG...
JOM KARIKATUR!!!
(SALAH SATU CONTOH CARICATURE CARD UNTUK TAHUN BARU CINA )

Monday, November 4, 2013

KARIKATUR DIGITAL




KARIKATUR SECARA DIGITAL.
ANDA PERLUKAN KARIKATUR ARTIS UNTUK APA SAJA DARI PERSEORANGAN,COUPLE,FAMILI,EVENT,FUNCTION,CUSTOM CARD?DI SINI SAYA MEMBERIKAN SEDIKIT SAMPLE.DAN UNTUK TEMPAHAN SECARA EMAIL ATAU FACEBOOK JUGA BOLEH DILAKUKAN. JIKA BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA PANDAN (019-3633706) ATAU DI EMAIL pandan_apo@yahoo.com DAN JUGA DIFACEBOOK/KARTUNIS PANDAN. UNTUK TEMPAHAN SECARA DIGITAL.
1.BERI GAMBAR YANG JELAS UNTUK SENANG DIKARIKATURKAN.
2.URUSNIAGA HANYA DILAKUKAN DIDALAM EMAIL ATAU FACEBOOK SAHAJA.MUDAH BUKAN?
3.EMAILKAN GAMBAR DAN MASUKKAN DEPOSIT AWAL KE DALAM AKAUN YANG AKAN DIBERIKAN.
4.SETELAH DEPOSIT DITERIMA PROSES AKAN DIJALANKAN DALAM TEMPOH SEMINGGU MENGIKUT BUDI BICARA.
5.SETELAH SIAP KITA AKAN MENGHANTAR SAMPLE BERSAMA WATERMARK UNTUK CLIENT.
6.SETELAH PEMBAYARAN AKHIR DIBUAT,WATERMARK TERSEBUT AKAN DIBUANG DAN SAYA AKAN BERIKAN GAMBAR KARIKATUR FILE (JPEG)YANG SEBENAR.CARA INI DI LAKUKAN UNTUK TIADA PIHAK YANG MENIPU DALAM URUSNIAGA. MUDAH DAN SENANG...
JOM KARIKATUR!!!

Tuesday, November 1, 2011

PHOTO MANIPULATION

-Ini adalah sebahagian artwork photo manipulation yang gua bikin untuk majalah..sebenarnya banyak cabang dalam kita mendalami seni..gua kalau bosan melukis, gua mengaler dan kalau bosan mengaler, gua main photography dan kalau bosan photography gua layan photo manipulation cenggini.Layan..Heh!








Wednesday, March 17, 2010

AKU?


-Aku?Aku tu sapa?Aku Pandan.Pandan tu nama orang bagi kat ko?Itu nama..bukan diri ko..Nama adalah manusia bagi sesama manusia.so,sapa ko sebenarnya?Soalan yang bisa membuat semua orang terdiam.adeii..pikir sendiri laa iye..

Friday, March 12, 2010

ARTWORK DEDULU





-Jutaan terima kasih kepada Norlia Kamarudin diatas artwork lama gua ni.Ini adalah satu permulaan gua mula berkartun..Gua salah seorang geng editorial dalam pembikinan majalah sekolah gua ketika itu iaitu majalah Baiduri di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani (SMSAG) tahun 1992 kalau tak silap.Artwork ni dah 18 tahun tu..heheh.Kalau gua tengok balik malu pun ada..heheheh..cam syial je gua lukis time ni..tapi inilah pembelajaran dan pengalaman.Mana ada orang terrer je terus ye tak!?Heh..(PANDAN)

Wednesday, January 6, 2010

2010


-Gua tengah mencari diri sendiri...(PANDAN)

Wednesday, December 9, 2009

PROMOSI DULU-DULU


-Hahahahahah!!Mekasih kerana support...ni satu lagi pics yang gua dapat dari Facebook..gua pun dah tak ingat kat mana ni...tapi kat Universiti laa ni...bersama student yang bertugas kot...hehehh!!Mekasih! (PANDAN)

Sunday, November 8, 2009

BERITA HARIAN (7 NOV 2009)



-Berita Harian (7 November 2009)Mekasih memberi sokongan pada kartunis tempatan cam gua ni untuk memberi sepatah dua kata lam akhbar tersohor ni...moga-moga kartun tempatan kita tidak dipinggirkan lagi.Sokonglah hasil buatan Malaysia!!Amin...(PANDAN)

Thursday, November 5, 2009

BLAST FROM THE PAST...




-Mekasih la pada member2 gua yang masih menyimpan gambar gambar ni dari dulu...gua memang mencari balik pasal boleh laa gua buat cerita zaman sekolah balik..heheheh!!Mkasih pada semua geng 6 jahanam gua dulu...(PANDAN)

Monday, October 26, 2009

ZAMAN SEKOLAH DEDULU...





-Terima kasih sesangat buat member lama gua Syamsul kerana menghantar gambar-gambar lama ni pada gua balik...terus terang memang gua takde dah gambar2 ni...pupus kena makan anai-anai...ni laa gambar gua masa tengah makan daging mentah...Eh? Masa tengah mentah...bila kenang balik memang lawak pun ada...semua member dah ada kehidupan sendiri...yang lost contact pun ada..pendekata raya pun susah nak jumpa...zaman ni gua baik giler tu...kena ngorat pun nangis...hahahahahaah!!(PANDAN)

Wednesday, September 9, 2009

80"s BABY.



-Sebenarnya gua memang rindu sangat zaman yang berlalu masa gua kecik2 dulu...memang tak payah pikir apa...tak payah nak pikir pasal bil letrik, bil internet,astro,sewa umah,utang kredit...tak la cam sekarang ni...pasal time tu suma mak abah yang bayar..kui!kui!kui!!Yang gua tau time tu nak main je...mandi sungai,sauk ikan,main perang,main layang-layang.Pendek kata lingkungan umur tadika hingga ke darjah 4 adalah lingkungan terbaik untuk enjoy...cuma yang leceh time kena buat keje sekolah je..yang lain tu adalah ruang2 waktu yang paling best...bila gua tengok keadaan sekarang ni..gua rasa bebudak sekarang tak berapa untung kerana tak dapat melalui zaman pembesaran tanpa internet..pasal time tu takde sangat unsur hiburan lain..yang ada cuma radio dan tv..so, aktiviti secara beriadah tu banyak buleh dilakukan disekeliling umah....banyak yang gua rindu..cam askar hijau tu antara permainan rutin zaman ni..gua rindu DingDang.Tora,Cekedis,Ais kepal,sagun,Kandos,Thundercats,Voltron,O-shin,ninja sasuke,cerita Opah,Inspector Gadget,The Mask,Greatest American Heroes..ish..banyak lagi ni...gua lupa la pulak...kalau ada yang nak tambah...sila laa!!( I don't want to grow up..I'm a toys r' us kid..)

Wednesday, August 5, 2009

APO TV?(Nantikan pada isu bumper posa!!)


-Emm...ni hasil dari bebudak APO..bakal berada dipasaran tak lama lagi..saja nak promote skit..teaser ni layan la dulu ye..tunjuk bebanyak karang,korang tak beli lak majalah!!!Layan..zrassss!! (PANDAN)

Friday, July 24, 2009

NOSTALGIA GUA...


-Gua saja surf internet tadi..tetiba terpandang cover album Iron Maiden ni..memang nostalgia album ni..pasal ada cerita di sebaliknya...abah gua dulu memang pantang kalau gua tampal-tampal poster lam bilik..lagi pulak gambar antu setan..tak silap gua laa..1992..gua sekolah lagi time tu..habih bila gua balik sekolah abah gua dah koyakkan poster gua tu..menitik air mata gua time tu.hahahaah!!Sambil menitik air mata tu gua amik cover album tu balik..gua capai berus ngan water colour,jap tu gak gua lukis balik gambar tu sampai jadik sebijik.Pastu ngan keras kepala gua..gua tampal balik kat tempat abah gua koyakkan tu.kununnya protes la tu..tapi lain pulak jadinya pasal lukisan yang gua buat tu abah gua tak koyakkan...dan abah gua biarkan aje.Mungkin kesungguhan gua menghasilkannya balik bikin abah gua kesian.heh!!Terima kasih pada abah gua sebab sampai sekarang gua berambut panjang sikit pun dia tak tegur.Heh!(PANDAN)

Wednesday, June 24, 2009

http://pandanphotoavenue.blogspot.com


-Heh!Saja nak introducekan blog baru gua..giler blog ke hapa gua ni??Hahahah!!Keseluruhannya gua dah ada 3 blog yang berlainan.http://pandan-groundzero.blogspot.com tu untuk hasil lukisan gua... http://kartunispandan.blogspot.com pulak untuk penglibatan gua sepanjang menjadi kartunis hingga kini manakala blog http://pandanphotoavenue.blogspot.com pulak adalah penglibatan baru gua lam bidang fotografi.emm..check it out je laaa!! (PANDAN)

Monday, June 1, 2009

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Gambar ni memang dah jadi fossil untuk APO?..Inilah krew dulu yang sama-sama menaikkan majalah APO? ni..kira zaman kegemilangan laa ni.Memang enjoy kerana dipenuhi dengan member2 seangkatan.Gambar ni pun gua dapat kat Siberia.Dah jadik keras dilitupi ngan iceberg..memang payah gua nak dapatkannya.Heh!Ini antara geng awal sebelum generasi bebudak baru cam Cendol,Spider,Topan dan lain2.Meh gua kenalkan..dari belah kiri..Taugeh,Adonis,Aliow,Gua,Blue,Kopi,Sireh,Rambai,Keladi dan jugak petai.Ini adalah generasi awalnya APO?.Time ni photo shoot untuk bumper raya..kalau follower tegar APO? mesti dah tengok gambar ni kat majalah. (PANDAN)

Tuesday, May 26, 2009

BAND OF BROTHERS 2


-Sebelum nak berperang kitaorang kena masuk kursus menembak dulu..jadi instructor akan menunjukkan cara yang betul untuk menembak..pasal ada yang tertembak hidung sendirik..tertembak betis..termakan peluru..macamana nak jadik askar ye tak..gambar ni kitaorang tengah belajar la ni..kitaorang tengah cuba tembak orang yang lalu lalang.Dapat la jugak sorang dua mangsa..tamat je pelajaran tu kitaorang pakat tembak instructor tu ramai-ramai!!Memang dasar tak kenang budi betul!! (PANDAN)

BAND OF BROTHERS


-Ni pun salah satu aktiviti kitaorang dulu..main perang-perang..pasal kecik-kecik dulu tak puas main sangat kot..tapi cakap ko..memang best tak ingat pasal buleh tembak member,tembak bos,tembak makcik jemur kain,tembak kerani pejabat..pendek kata suma kitaorang tembak..Ni kununnya aksi berani mati laa ni padehal diorang ni kalau nak kencing pun mintak berteman..inikan pulak nak pegi perang!!hahaha..ini tak termasuk gua laa..pasal gua memang askar dulu,penah follow askar gurkha 5 tahun...berapa kali puncak Borneo ngan Himalaya tu gua sampai..bedebah betul riak gua ni..jap gua nak tampar diri sendiri bagi sedar!!Okeh!Ni la geng APO dedulu..Gua,Rambai,Sireh,Kopi,Sagu,Lambok,Oren,Belitong,Petai,Rudy,Nizam Bachok dan jugak Beberk.Yang betul2 ada sampai sekarang tinggal la gua,Petai ngan Rambai..yang lain suma dah jadi freelancer. (PANDAN)

Thursday, May 14, 2009

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Gua disuruh bercerita tentang kartun pada seminar kat U.Dan juga Bengkel Kartun untuk sesiapa yang ingin belajar.Memang susah jugak untuk orang memahami kartun ni kalau takde basic awal..emm..kalau nak belajar meh laa...semua dialu-alukan!!(PANDAN)

GREENPEACE


-Guru gua dulu penah berpesan yang setiap mende hidup ada jiwanya tak kira la manusia,tumbuhan dan juga haiwan.Dan berbakti la kepada tanah nescaya kita akan mendapat hasilnya.Gua pun pratikkan la dengan bunga kat pasu..Eh?Tak dapat apa pun??heh!Dapat gelak dek kengkawan ada laa..gelak aaa..tumbuhan ni laa yang bagi kita udara untuk bernafas!!Tu pasal gua kurang makan sayur...(apa punya alasan daa..)kira Greenpeace betul laa ni..(PANDAN)

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Masa ni kitaorang buat seminar tentang kartun kat U.Forum dia pun time tu agak mencabar buah pinggang masing-masing.Terkemut jugak buah pinggang kitaorang time tu kerana kebanyakkannya dihadiri jugak oleh prof dan juga madya...tajuk forumnya ialah "Kartun merosak bahasa".Pasal tak puas ati ngan tajuk tu,memang kitaorang redah je semua...Kartun punya bahasa yang kita gunakan sehari-hari..itu bukan merosak pasal memang bahasa kita camtu.kita tak sentuh bahasa Malaysia..yang kita sentuh bahasa daerah dan jugak bahasa kartun.dan jangan la masukkan kedua-duanya dalam satu bab...tu pasal jadik tak betul..kena la ikut kesesuaian.Time tu panelnya adalah Aie,Ahliow,rambai dan gua.Berdengus gak kitaorang jawab time tu..heh! (PANDAN)

PROMOSI DULU-DULU...


-Time ni giler malu gua beb!Akak tu suruh gua melawak depan orang ramai...member gua Taugeh dah pakat buat keje amal pasal tanak jawab soalan-soalan dari akak tu..soalan dia simple je tapi cukup la buat orang berdarah idung dan pedih kerongkong kalau nak menjawabnya..cam soalan bima sakti,diameter bumi,makhluk asing,makhluk tuhan paling seksi,kos,kosinus dan tangen,aljebra,al-jazzera,walimatulurus dan jugak kurikulum sekolah.walaupun berpinau tapi gua dapat menjawab dengan jayanya.Tak sia-sia gua blaja pondok dulu kat Jitra!! (PANDAN)

Monday, May 11, 2009

APO? ANIVERSARY


-Dulu setiap tahun kitaorang akan menyambut aniversary majalah APO?.Ada makan-makan,ada sate,ikan bakar,member terbakar,kambing panggang,lobster,tiram,nasi beryani,sup tulang,yong taufu,paku payung,Kak Yong,Razali Buyong dan macam-macam lagi laa...semua dah tinggal kenangan beb!! (PANDAN)

pandan : PROMOSI DULU-DULU...


-Ni gua nak malu pun ada..heh!!Brader tu suruh lukis kat baju..tapi brader tu pulak takde baju lebih..tak pasal-pasal gua kena lukis terus kat badan..lawak pun ada gua rasa...tak silap gua la..ni promosi kat Penang.Masa tu memang kitaorang jelajah serata Wilayah dan jugak daerah.Memang pukul habis!Budak kecik sebelah gua dah pandang lain macam je.. (PANDAN)

PANDAN: PROMOSI DULU-DULU...


-Gambar ni pulak time lawatan dari universiti..gua seperti biasa laa pasal banyak makan semut..memang pelupa tahap puaka!!Ni gua tak tau dari U mana..Seperti biasa kitaorang akan beramah mesra dengan pengunjung yang datang..maklum la,diorang datang dari jauh...takkan la tanak layan pulak..gua bukan jenis habitat yang tak menghargai...tima kasih pada semua ahli rombongan yang datang! (PANDAN)

PROMOSI DULU-DULU...


-Gua geledah balik gambar-gambar lama lam stor gua..heh!Banyak lagi rupanya khazanah yang tak dimakan anai-anai.Ingatkan dah jadik fossil dah...masa ni kitaorang ada photo-shoot sempena bumper raya.so.semua dikhendaki memakai baju melayu..tapi brader sebelah gua tu makin berlebih pulak...pakai style imam la pulak..hahah!semua dah hilang dah tu..sebelah gua tu kira cam PR kitaorang..Man Latah nama dia...depan gua Jibam dan jugak Zairi.semua dah tak berenti..gua ingat gua wolverine kot..pasal sepanjang zaman gua ada ni..pehal pulak!?kitaorang ni pulak pantang diajak makan free..memang kitaorang amik serius!!heh! (PANDAN)

Friday, May 8, 2009

KUGIRAN DITEPI PANTAI...


-Ni pun salah satu dari kerja gua dulu-dulu.Sememangnya gua memang suka band surf ni dulu..dan bila diberi peluang untuk menghasilkan cover bebudak Kugiran Di Tepi Pantai ni...gua sapu terus laa!heh!Cuma gua tak puas ati sedikit pasal artwork tu di'reduce' sebegitu...jadi artwork tu nampak kembang la sikit.Time tu gua ingat diberi mandat untuk cover poster.jadi gua buat la saiz A4.emm..takpe laa..gua dapat job ni pun dah satu penghargaan bagi gua.Kalau yang tak penah dengar lagu2 KDTP ni...pepandai la carik!!Memang sesuai untuk halwa telinga gua.Lee Kombat still rules!!

Friday, April 24, 2009

PROJEK DULU-DULU


-Perghh!Punya la susah nak menghadapi client punya permintaan..tapi bak kata pepatah omputih..customer is always right!!So..kita kena ikut la walau pun rasa tak berapa puas ati..projek ni adalah salah satu projek cover album dan jugak inlay dalam album.Kadang-kadang pening gak nak memahami apa yang pihak label mahukan..tapi bagi gua ikut je laa idea diorang bulat-bulat.Senang cita..heheheh!!As long we get paid!!Cuma mungkin dari perspektif gua rasa tak sampai je..emm,takpe laa..ni album kompilasi terbaru dari Life Records.Kompilasi otai rock kita..dah ada kat pasaran!!Ni salah satu design CD yang gua hasilkan mengikut terma dan syarat dan jugak kehendak client!Kalau nak dengar rerajin la carik!!heh!!(PANDAN)

Thursday, April 23, 2009

MAJALAH GELAGAT


-Majalah GELAGAT ni memang lama dah pupus ditelan zaman..Dan ramai dah bersepah-sepah mencari jalan sendiri untuk mencari rezeki masing-masing.Dari kiri tu..Mat MTR (mat thrash romantik)..sampai sekarang gua tak paham! Heh!Apsal Thrash ada romantik pulak Mat? Kienaka,Gua,Ina Receptionist..ni pun dah lost contact!Amang..dia dah keje kat G3 sekarang dan last tu Lepat.Tapi dulu nama gua Dan je..masuk APO? terpaksa tukar jadik Pandan..Standard la nama dusun-dusun kat sini...heh!!

MAJALAH GELAGAT


-Gua sebenarnya asal dari majalah GELAGAT..Ini member lama2 gua...dari kiri tu..Leno tapi masuk Ujang jadik Lepat.Heh!memang gua nak kantoikan member ni...pastu Sindirela tapi dah tukar jadik Bendi,Aly Fadhillah..dah kerja pejabat tanah,Zaim nama dia dulu lam GELAGAT dah tukar jadik Kuyup,Kienaka dah duduk Naka,Kedah dan dah bersara dari arena perkartunan..gua yang kat atas sekali laaa..Bila nak re-union ntah laa!!

APO? : PROMOSI DULU-DULU...


-Ni aksi bebas dari Sireh,gua,Oren ngan Lambok..Mula nak buat aksi baring cam patung tu..tapi karang lain macam la pulak.heh!Ni lawatan sambil bergambar kat sempadan Siam..sampai ke Siam buat promosi??Majalah APO sampai ke Siam ke? Ntah!!

APO? : PROMOSI DULU-DULU...


-Gambar ni pulak kat konvo kat USM Penang...gua bersama Belitong,Rudy ngan Taugeh time ni..Belitong masih menjadik freelancer APO?,Rudy dah keje kat tempat lain,Taugeh pun camtu gak..lama betul rasanya gua keje kat MOY ni..heh!Takpe laa..selagi buleh cari rezeki kat sini..gua teruskan selagi buleh..
Blog Widget by LinkWithin